Peta Laman | Maklum balas / Komen | Mobile Web
  English  | Malay
Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Kementerian Kemudahan Awam Sarawak
Kemaskini Pada: 9 Apr 2014
Versi 5.0.3


UNTUK STAF KEMENTERIAN

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

  Picture


KONTRAKTOR PENDAWAIAN BERTAULIAH

Panduan Perkhidmatan Pendawaian

Senarai Kontraktor

Panduan Bekalan Elektrik Luar Bandar


PAUTAN PANTAS KE

Laman web Pendawai

Laman web Penjaga Jentera

Laman web Kontraktor Elektrik

KWB: Notis Tender

SWB: Notis Tender

LAKU: Notis Tender

SEB: Notis Tender


MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Setiausaha Tetap,
Kementerian Kemudahan Awam Sarawak
Tingkat 2, Wisma Sumber Alam,
Jalan Stadium, Petrajaya,
93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia.

T : 082-440062 | 440063 | 440097
F : 082-312055 / 082-312044  
email:webmaster@mpu.sarawak.gov.my

Pengarah Bekalan Elektrik
Unit Merinyu Elektrik
Tingkat 11, Wisma Satok,
93400 Kuching,
Sarawak, Malaysia.
T: 082-258258
F: 082-259843

Waktu Pejabat

Isn - Kha
8:00 pg - 1:00 ptg
2:00 ptg - 5:00 ptg
Jum
8:00 pg - 11:45 pg
2:15 ptg - 5:00 ptg


Unit Merinyu Elektrik (EIU) Cetak Unit Merinyu Elektrik (EIU)

Prakata

Laman web Unit Merinyu Elektrik ini akan menerangkan secara ringkas sejarah perkembangan peraturan elektrik di dalam Negeri dan maklumat mengenai kerja serta tugasan yang dijalankan untuk mengawalselia Industri Elektrik Negeri.

Ia juga mengandungi prosedur-prosedur yang perlu dipatuhi untuk tugas-tugas yang dilaksanakan oleh Unit Merinyu Elektrik, membenarkan permohonan melalui talian dan membenarkan pelbagai borang untuk dimuat turun atau dicetak.

Pembangunan Pengawalseliaan Elektrik Negeri

Electricity Ordinance (Cap. 137) dan Electricity Rules, 1955 adalah satu rangka peraturan awal untuk mengawalselia elektrik di Negeri ini. Ordinan ini membolehkan perlantikan Ketua Merinyu Elektrik yang mempunyai kuasa, fungsi dan tugas untuk memastikan keselamatan melalui penggunaan atau menerimapakai piawaian dan amalan keselamatan terbaik. Selama lebih 40 tahun, tidak ada sebarang semakan menyeluruh telah dibuat untuk The Electricity Rules, 1955 kecuali pindaan kecil sahaja. Pada Jun 1999, Electricity Rules 1955 telah digantikan kepada The Electricity Rules, 1999 yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2000. Pengenalan peraturan-peraturan baru ini menaiktaraf kelayakan-kelayakan kemahiran dan kekompetenan, pendaftaran, pelesenan kontraktor dan pepasangan elektrik. Ordinan Elektrik Negeri telah disemak dan dikemaskini dengan mengambil kira semua perubahan sebelum ini dan dinamakan sebagai The Electricity Ordinance, Chapter 50 - (Revised 2003).

Fungsi-fungsi pemeriksaan dan tugasan Ketua Merinyu Elektrik ini telah dilaksanakan oleh Cawangan Elektrik, Jabatan Kerja Raya Sarawak. Pada September 1994, fungsi-fungsi dan tugasan ini telah diletakkan di bawah bidang kuasa Kementerian Kewangan dan Kemudahan Awam dan masih dilaksanakan oleh Ketua Merinyu Elektrik. Untuk memperkasakan perlaksanaan dan penguatkuasaan peruntukan di bawah the Electricity Ordinance dan The Electricity Rules,1999 sebuah unit baru yang dikenali sebagai Unit Merinyu Elektrik telah ditubuhkan pada Jun 1999 di bawah Kementerian ini. Pada 1 Julai 2004, Kementerian Kemudahan Awam telah ditubuhkan dan Unit Merinyu Elektrik kini di bawah bidang kuasanya.

Dengan pengenalan the Electricity (State Grid Code) Rules, 2003, yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2004, kawalseliaan industri pembekalan elektrik Negeri telah diletakkan di bawah Unit Merinyu Elektrik dan jawatan Ketua Merinyu Elektrik telah ditukar kepada Pengarah Bekalan Elektrik.

Rangka Peraturan Negeri

Peraturan-peraturan yang ditubuhkan di Negeri ini untuk mengawalselia industri elektrik negeri dengan berkesan dan cekap adalah:

1. The Electricity Ordinance- Chapter 50 (Revised 2003).
2. The Electricity Rules, 1999.
3. The Electricity (State Grid Code) Rules, 2003.

Polisi Bekalan Elektrik

1.  Polisi Am
Dasar umum bekalan elektrik di dalam Negeri adalah untuk memastikan ketersediaan yang mencukupi, andal, cekap, mampu dinikmati dan selamat serta diuruskan secara lestari.

2.  Pembangunan Bekalan Elektrik Negeri
Pembangunan bekalan elektrik secara optimum dan lestari dengan mengurangkan kebergantungan penggunaan bahan api fosil di dalam campuran penjanaan dan memanfaatkan sumber tenaga asli seperti hidro dan arang batu bagi memenuhi permintaan keperluan elektrik pada harga kompetitif untuk jangka masa panjang yang akan memangkin pertumbuhan ekonomi.

3.  Penjana Kuasa Rantau
Perniagaan lebihan kuasa elektrik ke luar Negeri yang akan menyumbang kepada pembangunan optimum sumber tenaga hidro asli di dalam Negeri.

4.  Pembangunan Tenaga Yang Boleh Diperbaharui.
Menggalakkan pembangunan tenaga yang boleh diperbaharui seperti biomas, biogas, sisa-sisa buangan, angin, solar dan mini hidro sebagai sumber bahan api kelima di bawah Polisi Pelbagaian Bahan Api Negara.

5.  Tarif Elektrik
Struktur tarif yang efisyen, adil serta saksama untuk pelanggan dan menunjukkan kos sebenar bekalan elektrik kepada pelbagai golongan pelanggan.

Fungsi-fungsi Unit Merinyu Elektrik

  • Memberi khidmat nasihat dan pandangan terhadap polisi dan halatuju yang berkaitan dengan rancangan dan pembangunan sistem kuasa negeri yang cukup, cekap, keboleharapan, mampu dan selamat.
  • Memantau prestasi teknikal bagi industri elektrik secara umum dan pemegang-pemegang lesen khususnya untuk memastikan pematuhan teknikal dan keselamatan awam.
  • Mewujudkan persekitaran yang boleh menjana perlaburan yang berterusan di dalam sektor ini, meningkatkan kecekapan dan melindungi hak-hak pengguna.

Tugas-tugas Unit Merinyu Elektrik

  • Perlesenan penjanaan dan pembekalan elektrik.
  • Pendaftaran pepasangan elektrik.
  • Pendaftaran kontraktor elektrik.
  • Mengeluarkan Sijil Kekompetenan.
  • Merumuskan atau menerimapakai piawaian keselamatan dan teknikal, memantau prestasi dan menguatkuasa pematuhan.
  • Keselamatan peralatan dan kelengkapan elektrik.
  • Pemberitahuan dan siasatan kemalangan elektrik.
  • Kawalan ekonomi dan teknikal di dalam perancangan, pembangunan dan operasi sistem grid kuasa.
 
|

Pautan ke Malaysia GovernmentPautan ke Sarawak GovernmentPautan ke TalikhidmatPautan ke MSC Malaysia